Pagi ini saya dapat satu sms yang berbaur fitnah dan khurafat...dalam sms tersebut dipermainkan kemuliaan wali Allah serta lebih kepada rasis..sms ini berbunyi:
Selepas mengundi kena jaga-jaga sikit...Wali Allah dah lama berpesan Bahawa akan terjadi Malapetaka Peperangan Antara Melayu sesama Melayu dan juga antara Cina dan India.Pesan2 lah kepada kawan-kawan WASIAT WALI Allah yang dah lama beri ingatan ini.Mungkin perkara ini berlaku kerana sikap tuduh menuduh antara pemimpin parti yang tak puas hati atas tuduh menuduh dan ada antara pemimpin ini yang suka negara ini hancur.Jadi jaga-jagalah selepas pilihan raya ini ok.
MM rasakan ini perbuatan khurafat dan lebih kepada syirik...ada ke patut libatkan wali Allah..ni soal agama.MM malas nak tuduh siapa yang buat tapi MM dapat rasakan siapa punya kerja kalau bab2 agama ni dipermainkan.
No comments:
Post a Comment