Sunday, 5 June 2016
APA SALAH MAHASISWA? PRK P.067
Sokongan dari Mahasiswa untuk sama-sama memberi semangat dan kepercayaan mereka terhadap calon Barisan Nasional Datin Mastura atau nama "manja" KAK MAS pada hari ini di Kuala Kangsar sempena Hari Penamaan Calon PRK P.067 KUALA KANGSAR NEGERI PERAK.
Melihat dari persepsi masyarakat sekarang yang mengatakan Mahasiswa atau golongan muda tidak lagi memberi sokongan yang baik terhadap Kerajaan Malaysia dibawah Kepimpinan Dato Seri Najib Tun Razak, semua ini telah jauh terpesong. Hari ini 5 Jun 2016 telah terbukti bahawa Mahasiswa masih lagi bersama-sama mendokong kepimpinan Barisan Nasional.
KAK MAS boleh menarik nafas lega apabila Mahasiswa turut sama turun padang membantu serta memberi sokongan kepada beliau. Diatas faktor inilah PAN dan PAS seharusnya akur dengan kehebatan aura KAK MAS di Kuala Kangsar.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment