Sunday 26 June 2016

TIMBALAN PRESIDEN PKR KUTUK PAS

PETALING JAYA: Datuk Seri Mohamed Azmin Ali mengakui komunikasi dengan pucuk pimpinan tertinggi PAS berdepan kesukaran kerana parti Islam itu lupa prinsip asas pakatan pembangkang.

“Saya boleh terima perbezaan pendapat tetapi tidak patut merosak dan memusnahkan pakatan yang dibina sejak 1998. Penubuhan pakatan ini bukan perkara mudah kerana DAP dan PAS boleh duduk semeja, ini tidak pernah berlaku.

“Saya sedikit kecewa kerana ada pucuk pimpinan tertinggi PAS lupa prinsip paling asas pakatan. Ini perkara berbahaya, kami perlu saling menghormati bukan hanya melindungi idea dan pendirian sendiri,” kata Timbalan Presiden PKR itu dalam wawancara dengan akhbar berbahasa Cina, Oriental Daily.
Melayu Berwawasan at 10:00 PM

rujukan:


http://siemens-melayumaju.blogspot.my/2016/06/azmin-kecewa-pas-lupa-prinsip.html?m=1

Saturday 25 June 2016

AL-FATIHAH

Innalillahiwainnailaihirojiun dan sedekahkanlah Al-Fatihah dengan ikhlas kepada Prof Izzi Hj Ali, Pakar Motivasi meninggal kerana di serang strok.
SHAH ALAM - Pakar motivasi, Profesor Madya Md Izuddin Ali atau lebih dikenali sebagai Prof Izzi telah kembali ke rahmatullah pada 12:45 tengah hari tadi di Hospital Alor Setar, Kedah.
Berita duka ini dimaklumkan oleh anak saudaranya, Abdul Muein Abadi, 28, kepada Sinar Online sebentar tadi.
"Beliau (Allahyarham) telah diserang strok seminggu yang lalu.
"Jenazah akan dikebumikan dalam masa terdekat dan akan dikebumikan di Terengganu,"

Friday 24 June 2016

DUA M FORMULA PRU14...

Alhamdulillah akhirnya UMNO telah membuat keputusan untuk memecat TSMY dan MM. 

Mereka inilah petualang sebenar dan selepas ini ahli UMNO dan kepimpinannya boleh melantik pemimpin yang lebih baik dan berwawasan.

Apa yang lebih penting susah dan senang sama diharungi. Dinasihatkan kepada mereka yang mempunyai niat menjatuhkan sesiapa dalam parti agar mengambil tindakan yg betul dengan jalan demokrasi. 

Jauhi sifat meninggi diri dan elakkan dari mengambil tindakan sesuka hati tanpa sebarang bukti seolah olah mereka menjadi lidah pembangkang.

Jika kita melihat pada situasi sekarang Kepimpinan DS.Najib Razak telah melakukan satu tindakan yang amat bijak dalam menghadapi PRU 14 nanti.

Mengapa 2M ini terpaksa dibuang dari ahli UMNO? Jika dikaji sedikit tentang tokoh M ini kita telah ada sejarah terhadap KECURANGAN ahli yang bernama M. dibawah saya strukturkan balik kronologi M yang keluar masuk ahli UMNO.


Wednesday 22 June 2016

PENEROKA FELDA:RAPIJI DERMA RM500 KAH?

PEKAN: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sebentar tadi mengumumkan insentif Aidilfitri berjumlah RM500 kepada 99,046 peneroka FELDA di seluruh negara.
 Najib berkata, insentif keseluruhan yang berjumlah RM49.523 juta adalah untuk meringankan beban kewangan dalam membuat persiapan menyambut Aidilfitri yang bakal disambut tidak lama lagi. Beliau bagaimanapun menjelaskan peneroka tidak lagi bersama FELDA dan mereka yang melakukan urusniaga tanpa kebenaran FELDA serta menyamannya, tidak layak mendapat insentif berkenaan. Najib membuat pengumuman itu ketika berucap pada Program Ihya Rahmat Ramadan Warga FELDA bersama Perdana Menteri peringkat Kebangsaan 2016 di Dewan Semai Bakti FELDA Chini Timur 3 di sini, sebentar tadi. Yang turut hadir, Pengerusi FELDA, Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad dan Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal FELDA, Datuk Abu Bakar Harun dan Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Razali Ibrahim.




PERDANA Menteri, Datuk Seri Najib Razak beramah mesra dengan orang ramai pada Program Ihya Rahmat Ramadan Warga FELDA bersama Perdana Menteri peringkat Kebangsaan 2016 di Dewan Semai Bakti FELDA Chini Timur 3 di Pekan, sebentar tadi. - Foto Farizul Hafiz Awang





Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/167208

Monday 20 June 2016

WANITA INI TIDAK "PUAS" DENGAN SATU....

Selepas Manikavasagam PKR ditahan SPRM. Kini Zuraida Mak Lampir pula. Gaji MP yang baru RM16k. Agak-agak sepadan tak dengan pendapatannya. Belum masuk rumah dll. Terbaru Zuraida dalam kenyataan medianya mencabar orang yang membuat pendedahan kekayaannya tampil sebagai "anak jantan". Dulu bkn main dia terpekik mcm betina tak puas main mendakwa PKR itu bersih dan suci? Kutuk dan keji NFC dan Zahida Rafik hal dana RM1.5 libatkan Shafie Apdal. kali ini terpalit ke muka dia..
Ini dulu pendedahannya.. 9 kereta milik Zuraida...
1. BNT9138 - KERETA MERCEDES BENZ S280
2. BAT1111 - KERETA TOYOTA VELLFIRE
3. WTY575 - KERETA MERCEDES BENZ C200
4. BHT63 - KERETA TOYOTA FORTUNER 2.5G
5. W2956U - MOTORSIKAL DEMAK EX 90
6. W6901J - KERETA HONDA CIVIC HYBRID
7. WWA276 - KERETA TOYOTA HILUX D/CAB 3.0G
8. WTY1547 - KERETA TOYOTA HILUX D/CAB 2.5 AT
9. WRL575 - KERETA VOLVO XC90 2.5T

Mengejutkan! BNT 9138, Sebuah KERETA MERCEDES BENZ S280 didaftarkan atas nama sebuah syarikat cina iaitu ;

Hanspec (M) Sdn Bhd
Suite 6.01 6th Floor
MENARA TKSS NO 206
JALAN SEGAMBUT
51200 KL

PUNCA PENYAKIT RAFIZI...WANITA INI KAH?

Mat Meon Tertarik dengan penulisan ini...jika bukan kita yang baca siapa lagi...

Disalin Kembali dari blog ini:
http://rizuanmh.blogspot.my/2016/06/rafizi-hidap-penyakit-ganjil.html


Setiausaha Agong PKR, Rafizi Ramli menyifatkan keputusan PRK Sungai Besar dan Kuala Kangsar berpunca daripada dua penyakit yang menghinggapi para pengundi iaitu kebendaan dan sentimen agama dan perkauman.

Mari kita tanya Rafizi, jika kebendaan itu satu penyakit, apakah puncanya?

Dalam konteks ini, kebendaan yang dimaksudkan oleh Rafizi bukanlah penyakit keduniaan tapi sebenarnya merujuk kepada keperluan-keperluan dalam kehidupan rakyat hari ini yang sedaya mungkin cuba ditunaikan oleh kerajaan Barisan Nasional sebagai sebuah kerajaan yang bertanggungjawab.

Kebendaan-kebendaan itu bukan sesuatu yang melalaikan tetapi membantu memudahkan urusan kehidupan orang ramai seperti sekolah, masjid, jambatan, universiti dan sebagainya lagi. Jika ia dianggap penyakit, apakah puncanya? Sudah tentulah puncanya ialah keperluan atau kehendak masyarakat di sesuatu tempat itu sendiri untuk menikmati kehidupan yang lebih baik seiring dengan pembangunan negara.

Dan jika agama serta perkauman itu dianggap penyakit, apakah pula puncanya? Mari kita tanya Rafizi, dia hidup di mana?

Dalam konteks negara ini, kita tidak akan dapat lari daripada bercakap tentang perkara agama dan kaum kerana teras pembinaan negara kita ini sendiri berpaksikan kepada dua aspek ini. Kedua-duanya sama penting, sama mustahak! Justeru kenapa ia dianggap sebagai penyakit?

Di kedua-dua parlimen Sungai Besar dan Kuala Kangsar itu bahkan para pengundinya terdiri daripada majoriti orang Melayu yang beragama Islam. Sudah semestinyalah mereka akan mengambil kira dua faktor tersebut - agama & kaum - ketika membuat pilihan kerana kedua-duanya berkait rapat dengan kehidupan mereka. Mereka mahukan jaminan terbaik kepada agama dan kaum mereka, sama seperti di mana-mana tempat lain di negara ini. Sementelah pula, kedua-duanya sudah sedia terpahat dalam perlembagaan!

Dan setakat ini, hanya Barisan Nasional yang boleh menjamin hak setiap agama dan kaum dipelihara sebaik mungkin.

Jadi apa yang penyakitnya? Adakah mengambil kira hak agama dan kaum ketika memilih bakal pemimpin adalah suatu tindakan berpenyakit? Jika demikian, saya rela menjadi orang yang sakit asalkan agama dan kaum saya terpelihara.

Sekarang siapa sebenarnya yang sakit?

Sunday 19 June 2016

Kuala Krai Dalam Ingatan....2016

Saya berpuas hati dengan taklimat kemajuan projek Hospital Kuala Krai di Kelantan yang telah siap 53 peratus (Perdana Menteri Malaysia)
Projek ini amat penting kerana apabila siap pada tahun hadapan, penduduk Kuala Krai tidak perlu lagi berulang alik ke Kota Bharu untuk mendapatkan rawatan pakar. Hospital ini akan dapat menampung kira-kira 268 pesakit dan memberikan perkhidmatan kesihatan terbaik dengan dilengkapi peralatan moden.

Rakyat Kuala Krai Kelantan telah mendapat perhatian dari Kerajaan dibawah pimpinan Najib Razak apabila dihadiahkan Hospital yang lebih baik dari sebelumnya setelah terlibat dengan kemusnahan bencana alam sebelum ini.




 

Saturday 18 June 2016

MENGAPA PAN & PAS KALAH? INILAH PUNCANYA...

Mat Meon ada satu analisis kemenangan Barisan Nasional di dua Pilihanraya Kecil Kuala Kangsar dan Sungai Besar. Faktor-faktor kemenangan ini berdasarkan pemerhatian sepanjang tempoh perjalanan kedua-dua Pilihanraya Kecil ini..

1. Perpecahan PAS dengan Pakatan Rakyat merupakan satu faktor besar yang memberi kesan kepada kecelaruan terhadap pemilih. Dimana PAS yang merupakan Parti yang selama ini bersama-sama Pakatan Rakyat telah membongkar banyak "Rahsia" rakan sekutu mereka. Disebabkan perpecahan ini mereka terpaksa berlawan ditempat yang sama untuk merebut kekosongan kerusi di dua Parlimen. Tetapi jika mereka masih bergabung tetap akan kalah hehehe.

2.PAN merupakan parti yang banyak mengubah struktur jumlah undi, setelah diteliti dengan mata kasar kehadiran PAN di kedua-dua PRK ini telah memecahkan undi pihak pembangkang yang kita boleh nampak keyakinan rakyat terhadap parti pembangkang tidak sekuat yang dilaungkan oleh mereka. Jumlah undi yang diterima oleh kedua-dua calon Barisan Nasional amatlah ketara berbanding calon PAN dan PAS. Disini saya tekankan bahawa rakyat lebih menerima calon yang diwakili oleh parti yang mempunyai kekuatan dari segi strategi dan juga ukhwah.

3.Rakyat menolak taburan fitnah terhadap calon Barisan Nasional, jika kita mengikuti kesemua ceramah yang dibuat oleh PAN kebanyakkanya lebih kepada fitnah untuk menjatuhkan kredibiliti dan maruah calon. Rafizi alat kepada kekuatan PAN tidak pernah habis dengan fitnah yang hanya persoalan tanpa jawapan. Isu yang dimainkan Rafizi tidaklah menarik minat rakyat kerana setiap isu yang dimainkan hanya propaganda semata-mata untuk mengalih perhatian rakyat dan membawa rakyat bersama-sama beliau untuk melihat kesalahan kerajaan Barisan Nasional.

4.Barisan Nasional bersama jentera parti disetiap penjuru merupakan salah satu faktor kemenangan kepada calon BN. Hasil kerja keras yang mereka lakukan boleh diberi pujian dan kerjasama mereka boleh dijadikan contoh kepada mana-mana parti yang ada cita-cita untuk menjadi parti sekuat BN. Sumbangan idea, tenaga dan strategi dari semua pihak merupakan salah satu Rahsia kekuatan BN untuk terus kekal menang dalam PRK kedua-dua tempat dengan majoriti kemenangan amat memberansangkan.

IDEA DAN CADANGAN UNTUK TERUS KEKAL BAGI PRU14.

1. Disini saya melihat dari sudut pandangan saya sebagai pemerhati politik selama hampir 10 tahun selepas terlibat dengan politik Malaysia, bagi memastikan kemenangan terus kekal oleh BN parti ini seharusnya sedar bahawa rakyat memilih pucuk pimpinan adalah berdasarkan beberapa faktor:
a) Kredibiliti Calon dan Sokongan dibelakang calon merupakan faktor kepada kekuatan parti dalam memenangi hati rakyat. Jika tersalah pilih calon yang sejarah silamnya lebih banyak keburukan dari kebaikan atau calon yang dipilih adalah berdasarkan "bidang terjun" semata-mata kemungkinan calon tersebut akan ditolak oleh rakyat atau ahli parti sendiri. Oleh sebab itu kita boleh lihat di PRK Kuala Kangsar itu sendiri kelebihan calon BN yang dari segi akhlak dan moral lebih baik dan stabil berbanding calon-calon lain. Sebab itulah Mat Sabu tak layak jadi calon...banyak kontroversi kahkahkah.
b)Kerjasama dan sokongan jentera parti memainkan peranan penting untuk mempromosi calon yang dipilih parti. Jika ada sifat sabotaj dalam parti sendiri pucuk pimpinan harus mencari punca dari akar umbi sebelum meneruskan hasrat untuk meletakkan calon tersebut sebagai pilihan parti. Jentera parti bukan sekadar agen untuk melancarkan kerja-kerja kempen semata-mata tetapi mereka mempunyai 'kuasa" untuk memastikan calon mereka terus kekal atau tidak. Jadi amatlah bahaya jika dipihak jentera parti sendiri ada sifat sabotaj atau talang dua muka.

2. Penglibatan semua pihak pada masa akan datang haruslah terus diperkuatkan supaya kekuatan dari segi sokongan itu lebih baik dan kukuh. Sebagai contoh, golongan intelektual seperti Mahasiswa seahrusnya diberi peluang dan ruang untuk bersama-sama mempelajari selok-belok politik negara dari sudut sumbangan idea dan tenaga supaya mereka lebih terdedah kepada agenda kerajaan berbanding agenda pembangkang yang lebih "mesra" terhadap mereka dengan taburan fitnah serta isu-isu palsu yang sedikit sebanyak boleh mengubah angin sokongan mahasiswa terhadap kerajaan. Apa yang ingin ditekankan disini, golongan mahasiswa dan muda yang lebih terdedah kepada isu-isu semasa melalui medium media sosial yang lebih cenderung kepada "menjatuhkan" imej kerajaan yang sedia ada berbanding kebaikan yang mereka perolehi. Tidak salah kiranya Kerajaan mendengar suara Mahasiswa untuk kebaikan parti dan pembaik pulih kerosakan yang sedia ada bagi memastikan sokongan dari golongan mahasiswa dan anak muda lebih baik dan stabil.

3.Apa keinginan Rakyat Malaysia terhadap Parti yang memerintah? jika dilihat situasi sekarang rakyat lebih memerlukan penjelasan yang baik terhadap sesuatu isu berbanding kata-kata yang sesetengah menteri keluarkan yang tidak banyak memberi pencerahan yang sewajarnya. Hidup dizaman siber merupakan satu cabaran kepada semua kerajaan yang memerintah di dunia ini kerana maklumat dan rahsia yang harus dijaga demi keselamatan negara mudah tersebar dengan cepat ke telinga rakyat terutamanya apabila pihak pembangkang yang sinonim dengan propaganda dan fitnah bertujuan untuk menaikkan kemarahan rakyat serta memecah-belahkan rakyat.

Ini adalah nurkilan yang biasa-biasa sahaja dan tidak akan sampai ke mata pembaca yang inginkan kemenangan.. dan ini bukanlah satu luahan tetapi sebuah perkongsian saya kepada parti yang disayangi. Amatlah berbesar hati jika pucuk pimpinan tertinggi Parti Barisan Nasional membaca dan menilai tulisan saya yang tidak seberapa ini..

SALAM 2-0 dari saya dan SALAM TAHNIAH UNTUK KEDUA-DUA CALON YANG TELAH BERJAYA MEMENANGI HATI RAKYAT.

Tuesday 14 June 2016

MAHASISWI TANGGAL BAJU OREN!!!

PAN telah ditolak oleh mahasiswa yang PRO MAHASISWA kerana perjuangan PAN yang tidak jelas. Apakah Motif PAN mengatakan sokongan kuat dari Mahasiswa? Dah habis idea dan sokongan dari pengundi kah?

Apa pun dari awal lagi Mat Meon telah baca permainan PAN yang "menggunakan" beberapa Mahasiswa Basi seperti Fahmi Zainol supaya Parti mereka nampak diterima oleh Mahasiswa.

Pro Mahasiswa kini telah kembali sedar bahawa perjuangan PAN bukanlah perjuangan sebenar tetapi hanya sekadar BONEKA DAP. Jika dilihat pada satu sudut lagi Mahasiswa lebih cenderung memihak kepada Parti yang nyata dan jelas Perjuangan mereka.

Adakah PRO M telah berpaling tadah dari sokongan kepada PAS dan PKR? Jika dilihat pada sudut positif Mahasiswa sekarang lebih memilih Parti yang tidak mempergunakan mereka semata-mata untuk dijadikan alat propaganda Parti.

lihat sendiri apa kata Mahasiswi PRO M ini.....



TEMUI BELIAU DI KUALA KANGSAR 15 JUN 2016



RAPIJI TIDUR DIATAS TIMBUNAN SAYUR

Mat Meon teringin turun ke ceramah si rapiji nih esok malam..Tapi sebab terlebih makan durian kuale Mat Meon plan nak tido dan bermimpi indah bersama-sama rapiji makan popcorn.

Raja fitnah No 1 di Malaysia yang bercita-cita tinggi untuk membongkar apa yang dia sebenarnya tidak tahu. Jika benar Rapiji ni tahu semua kenapa dia hanya berani main serkap jarang bukan berterus-terang dengan rakyat. Jika diteliti dari awal isu yang Rapiji buat ini semua hanyalah omongan kosong, kes Tabung Haji Rapiji KELENTONG,kes 1MDB Rapiji minta ampun kes kali ini Rapiji Nak bagi alasan apa lagi nanti habis PRK baru kita tahu dan kita masih percaya yang Rapiji ni bawa KEBENARAN.

Esok paling ramai ceramah Rapiji 50 orang yang akan hadir itupun sebab PAN nak bagi SAYUR percuma dan KAK JIJAH nak bagi resipi kuih Bekang belia kepada penyokong PAN747.

Mat Meon dah penat nak layan isu si RAPIJI ni sebab Mat Meon tahu Rapiji hanya seorang kaki fitnah yang suka main serkap jarang.

jomlah kita habiskan masa dibulan mulia ini dengan mendengar ceramah agama yang lebih berfaedah dari duduk makan SAYUR PAN depan Rapiji.




Monday 13 June 2016

ADMIN AMRAN FAN DI KUALA KANGSAR TERDEDAH












PIAN KPOP TIDAK BERSALAH?

Beberapa laporan polis telah dibuat ke atas Setiausaha Agung PKR, Rafizi Ramli berhubung kenyataannya semasa berkempen pada pilihan raya kecil Kuala Kangsar, beberapa hari yang lalu.
Penduduk tempatan itu memberitahu pemberita bahawa laporan berkenaan dibuat berhubung ucapan ahli parlimen Pandan bahawa beliau mahu calon AMANAH 'membaling bom atom' ke atas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak jika beliau menang pada 18 Jun ini.
Mohamad Halim Mohamad Ali, 37, berkata, beliau bersama tiga penduduk lain membuat laporan di beberapa balai polis di kawasan tersebut semalam.
Sambil menegaskan bahawa Rafizi tidak sepatutnya membuat 'ancaman' sedemikian, katanya, lebih banyak laporan polis mengenai perkara itu akan dibuat tidak lama lagi.
"Kami mahu Rafizi menjelaskan apa yang beliau maksudkan sebenarnya apabila dia membuat kenyataan sebegitu, " katanya.
Dalam laporan polis yang dibuat di ibu pejabat polis daerah Kuala Kangsar, Halim menamakan pengguna Facebook, Norazniza Abdul Karim yang mendakwa Rafizi membuat kenyataan sedemikian semasa ceramah Pakatan Harapan pada malam Khamis lalu.
Turut dirujuk dalam laporan polis itu ialah sebuah blog pro-Umno.
VIDEO PENUH DISINI
https://www.facebook.com/profile.php?id=100008543343820&fref=nf

MUSIBAH JIKA PAKAIAN BARU "TERLONDEH"

Undi PAS bakal mengundang musibah - Dr Termizi
Calon Parti Amanah Negara (PAN), Dr Termizi Ramli mengingatkan pengundi PAS di Kuala Kangsar supaya mengalihkan sokongan kepada PAN kerana jika tidak berbuat demikian, mereka bakal mengundang musibah daripada Allah.
Termizi mendakwa, mengundi PAS adalah perbuatan sia-sia kerana analisis menunjukkan PAS tidak akan berpeluang untuk menang dalam pilihan raya kecil sama ada di Sungai Besar atau Kuala Kangsar.
Sehubungan itu, beliau meminta penyokong PAS untuk terus berjuang bersama PAS, tetapi keluar mengundi PAN pada pilihan raya 18 Jun ini.

VIDEO PENUH DISINI
https://www.facebook.com/PRK-Kuala-Kangsar-P067-1750424995176674/?fref=nf
https://www.facebook.com/LabunCikguLin
SEKADAR HIASAN

MINUMAN KERAS PUNCA GADIS INI DI........?


DAP mahu raikan ARAK jika calon PAN747 mendapat undian lebih dari calon PAS.
NG SUE LIM ADUN SEKINCHAN DAP berkata demikian kepada semua penyokong PAN & DAP.

Apa yang bermain difikiran Mat Meon ketika ini adalah tentang nama yang dibawa PAN iaitu AMANAH yang dikatakan bukan duplicate dari DAP tetapi kenyataan ADUN SEKINCHAN ini telah membuka mata Mat Meon bahawa PAN adalah DAP.

Tidak kah NG SUE LIM terfikir bahawa Mat Sapu (SABU) adalah seorang muslim dan calon PAN juga muslim mengapa Arak yang perlu diraikan? Dimana sensitiviti DAP terhadap umat Islam.
Benar kata PAS,DAP menolak Islam dan Hudud.

Mat Meon harap semua penyokong PAN membuka mata dan lihat sendiri apa agenda yang ingin dimainkan oleh parti DAP ini. Adakah PAN hanya BONEKA atau sekadar TOPENG untuk DAP meraih undi orang Islam dan Melayu?

RENUNGKANLAH WAHAI MASYARAKAT MALAYSIA.
GAMBAR HIASAN
BALA UNTUK PAN

MAHASISWA DICABUL AHLI PAN747

Parti Amanah Negara (PAN747) DAP dan Parti Keadilan Rakyat kian terdesak dengan ancaman daripada tolakan pengundi terhadap parti mereka. Ini terbukti apabila PAN telah menggunakan mahasiswa untuk menunjukkan bahawa mereka masih mendapat sokongan daripada Mahasiswa. sidang media yang dilakukan oleh beberapa "MAHASISWA" yang hanya lah lakonan daripada beberapa BEKAS MAHASISWA yang ada daripada mereka telah digantung dari Pengajian dan ada yang hanya dikomplot dari anak muda jalanan yang mengaku sebagai Mahasiswa.

Situasi ini memberi imej buruk kepada SEMUA Mahasiswa kerana tindakan PAN yang menggunakan "title"Mahasiswa untuk meraih undi dikalangan Mahasiswa dan generasi muda.

Mat Meon menyeru kepada semua Mahasiswa untuk sama-sama MENOLAK tindakan PAN yang dianggap telah memberi imej buruk kepada Mahasiswa. Sama-sama kita nilaikan sendiri dimana tahap penerimaan Mahasiswa terhadap parti yang lebih agresif kepada satu bangsa yang dianggap telah menidakkan hak orang Islam di Malaysia.

Mahasiswa Pakatan PAN747 sebenarnya agenda DAPig untuk memastikan lebih ramai anak-anak muda terkandas didalam pelajaran kerana terpaksa mengorbankan masa dan tenaga semata-mata melaksanakan tugas yang diberikan oleh DAPig.

Role model mahasiswa yang cuba ditonjolkan oleh DAPig dan PAN747 adalah dari kalangan Mahasiswa yang telah banyak mengecewakan masa depan sendiri dan keluarga...FAHMI ZAINOL???RUBEN???FADLI UMAR?ADAM ADLI? ADAKAH NAMA INI BOLEH MENJADI IDOLA MAHASISWA HARAPAN NEGARA DAN KELUARGA???? anda tanya diri anda dan anda lihat serta fikir sebelum mengikuti langkah mereka.

sejauhmana sokongan?


calon untuk PAN/DAP???

AMANAHkah???

inikah harapan keluarga??

contoh Mahasiswa yang KECUNDANG

Sunday 12 June 2016

LELAKI TERPUKAU...WANITA INI CANTIK.

Calon Barisan Nasional (BN) bagi pilihan raya kecil (PRK) Parlimen Kuala Kangsar Datin Mastura Mohd Yazid berterima kasih kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang merealisasikan dua daripada lima agenda diperjuangkannya.
Mastura, 55, berkata beliau bersyukur dengan pengumuman perdana menteri semalam yang meluluskan peruntukan sebanyak RM43.5 juta bagi pembinaan Jambatan Manong merentasi Sungai Perak, serta menaik taraf Kolej Universiti Islam Sultan Azlan Shah (Kuisas) yang diberikan status universiti.
"Syukur kerana dua agenda ini ditunaikan serta merta, terima kasih kepada PM dan saya juga merakamkan junjungan kasih kepada Duli Tuanku Sultan Perak Sultan, Nazrin Shah atas perkenannya dan memberi kebenaran kepada usaha ini.
"Khabar gembira ini juga disambut baik masyarakat apabila saya sendiri mendapat maklum balas positif terutama dari penduduk Manong berkaitan pembinaan jambatan yang sudah begitu lama diperjuangkan arwah suami (Datuk Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad)," katanya.
Beliau berkata demikian dalam sidang media ditemani anak bongsunya, Wan Muhammad Amar, 19, di kediamannya di Bukit Chandan, di sini, hari ini.
Mastura berkata, beliau akan terus memperjuangkan tiga lagi agenda iaitu memohon kelulusan projek membesar dan melebarkan jalan Manong-Kuala Kangsar, menaik taraf Hospital Kuala Kangsar menjadi Hospital Pakar serta membangun semula lembah dan tebing Sungai Perak sebagai pusat pelancongan.
"Usaha menaik taraf Hospital Kuala Kangsar menjadi Hospital Pakar juga akan diteruskan biarpun ada suara-suara yang berkata ia sukar untuk dilaksanakan.
"Perkara itu merupakan permintaan terbesar rakyat Kuala Kangsar ketika arwah masih hidup kerana mereka terpaksa merujuk ke Hospital Taiping berkaitan rawatan pakar dan kadang kala proses ini melibatkan nyawa," katanya.
PRK Parlimen Kuala Kangsar diadakan berikutan kematian penyandangnya yang juga suami Mastura, Wan Mohammad Khair-il Anuar dalam nahas helikopter di Sebuyau, Sarawak, 5 Mei lalu.
Ia menyaksikan pertembungan empat penjuru antara BN, Pas, Parti Amanah Negara (Amanah) dan calon Bebas.
Pengundian pada 18 Jun. – Bernama
PUTERI UMNO SG BESAR







UNDI KAK MAS