Sunday 5 June 2016

DR ABD RANI OSMAN..KEJAMKAH UMNO?

SUNGAI BESAR: Dr Abd Rani Osman menegaskan sasaran PAS bertanding pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Sungai Besar hanya untuk menumbangkan BN daripada terus meluaskan kuasa rakus dan kejam terhadap rakyat.

Katanya, PAS mahu mewakili rakyat dengan menghantar mesej bahawa BN sudah tidak layak untuk terus mentadbir negara kerana terlalu banyak melakukan kerosakan.
"Sasaran PAS hanya Umno BN. PAS hanya bermatlamat untuk berlawan dengan BN. PAS tidak akan bersekutu dengan Umno BN," tegasnya selaku calon PAS pada PRK itu.

Menurut beliau, PAS tidak akan bergabung dalam Pakatan Harapan jauh sekali tunduk dengan kehendak DAP. 

No comments:

Post a Comment