Sunday 12 June 2016

BISUL HUSAM PECAH BERNANAH....

KUALA KANGSAR - "Saya sudah terang kepada Hadi (Datuk Seri Abdul Hadi Awang) secara peribadi kesalahan Datuk Seri Najib Tun Razak, tetapi dia nampak dedak sekarang," demikian kata bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad Beliau mendakwa, pendirian Pas sekarang dibuat kerana parti itu tidak lagi mempunyai jumlah wakil rakyat yang ramai dan sokongan rakan pembangkang. "Parti Pas tidak boleh jadi kerajaan apabila Pas dahulu keseorangan yang punyai bilangan wakil rakyat yang amat kecil, tetapi apabila dia (Pas) bersama Pakatan barulah bilangan wakil rakyat Pas meningkat tetapi kurang daripada rakan-rakan Pakatan maknanya Pas tidak mungkin boleh jadi kerajaan tidak usah cakap pasal nak tadbir. "Pas sekarang sudah ketinggalan seorang satu parti sahaja, jadi Pas perlu sokongan daripada orang lain, dia nak pilih nak dapat sokongan Datuk Seri Najib,” katanya dalam forum 1MDB dan Najib yang diadakan di restoran Chun Ji, Taman Suria Kuala Kangsar hari ini. Namun ujarnya, beliau tidak pasti sama ada Abdul Hadi termakan dedak Najib buat masa ini. "Jadi saya tidak pasti makan dedak atau tidak. Tetapi nak kata dia tidak tahu kesalahan najib itu tidak mungkin kerana saya sudah memberi penjelasan yang mendalam berkenaan kesalahan Najib. “Berkenaan dia tunduk kepada kuasa asing, kes 1MDB dan sebagainya, semua ini membazirkan duit rakyat," katanya. Mengulas lanjut, Mahathir berkata dalam pertemuan itu Abdul Hadi mengakui bahawa ada kebenaran yang telah dituturkannya itu. "Inilah sebab perkara yang saya jelas kepada Hadi dan dia mengaku bahawa ada kebenaran. "Tetapi akhirnya kerana dia sudah keseorangan, tidak ada kawan lagi dan sudah berpecah serta membenci Amanah, itu dia berjuang memihak kepada Najib. Perjuangan Pas ini adalah untuk membantu Najib," katanya

No comments:

Post a Comment