Monday 6 June 2016

PAS TAKUT DAN AKUR DENGAN KAUM CINA #PRKP067


KUALA KANGSAR: PAS mengakui sukar untuk memperoleh undi daripada masyarakat Cina selepas Parti Amanah Negara (PAN) membuat keputusan bertanding pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kangsar.
 Jika sebelum ini PAS mendakwa mereka mampu menarik sebahagian undi masyarakat itu, namun situasi kini berbeza, apatah lagi PAS tidak lagi bersama DAP dan PKR. 
Bagi calon PAS, Dr Najihatussalehah Ahmad, biarpun undi Cina bukan penentu sepenuhnya untuk parti itu menang dalam PRK, namun akui ia mampu menjejaskan undi mereka sekali gus memberi peluang cerah kepada Barisan Nasional (BN) mengekalkan kerusi.
 "Walaupun saya rasa (peluang) seimbang antara Barisan Nasional (BN) dan PAS, namun kehadiran PAN sedikit menjejaskan undi PAS dari kalangan masyarakat Cina dan India. "Sebab itu, saya mahu gerak kerja kempen jentera adalah untuk mendapat pengundi Cina," katanya ketika ditemui media, hari ini.
 Namun, Ketua Dewan Muslimat PAS Perak itu, tetap optimis untuk meraih undi Cina dan India bersandarkan gerak kerja yang dimainkan Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP). "Malah saya sendiri boleh berkomunikasi dalam bahasa Tiong Hua, sedikit sebanyak memudahkan saya untuk beramah mesra dengan pengundi Cina," katanya.

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/161439


No comments:

Post a Comment