Saturday, 18 June 2016

MENGAPA PAN & PAS KALAH? INILAH PUNCANYA...

Mat Meon ada satu analisis kemenangan Barisan Nasional di dua Pilihanraya Kecil Kuala Kangsar dan Sungai Besar. Faktor-faktor kemenangan ini berdasarkan pemerhatian sepanjang tempoh perjalanan kedua-dua Pilihanraya Kecil ini..

1. Perpecahan PAS dengan Pakatan Rakyat merupakan satu faktor besar yang memberi kesan kepada kecelaruan terhadap pemilih. Dimana PAS yang merupakan Parti yang selama ini bersama-sama Pakatan Rakyat telah membongkar banyak "Rahsia" rakan sekutu mereka. Disebabkan perpecahan ini mereka terpaksa berlawan ditempat yang sama untuk merebut kekosongan kerusi di dua Parlimen. Tetapi jika mereka masih bergabung tetap akan kalah hehehe.

2.PAN merupakan parti yang banyak mengubah struktur jumlah undi, setelah diteliti dengan mata kasar kehadiran PAN di kedua-dua PRK ini telah memecahkan undi pihak pembangkang yang kita boleh nampak keyakinan rakyat terhadap parti pembangkang tidak sekuat yang dilaungkan oleh mereka. Jumlah undi yang diterima oleh kedua-dua calon Barisan Nasional amatlah ketara berbanding calon PAN dan PAS. Disini saya tekankan bahawa rakyat lebih menerima calon yang diwakili oleh parti yang mempunyai kekuatan dari segi strategi dan juga ukhwah.

3.Rakyat menolak taburan fitnah terhadap calon Barisan Nasional, jika kita mengikuti kesemua ceramah yang dibuat oleh PAN kebanyakkanya lebih kepada fitnah untuk menjatuhkan kredibiliti dan maruah calon. Rafizi alat kepada kekuatan PAN tidak pernah habis dengan fitnah yang hanya persoalan tanpa jawapan. Isu yang dimainkan Rafizi tidaklah menarik minat rakyat kerana setiap isu yang dimainkan hanya propaganda semata-mata untuk mengalih perhatian rakyat dan membawa rakyat bersama-sama beliau untuk melihat kesalahan kerajaan Barisan Nasional.

4.Barisan Nasional bersama jentera parti disetiap penjuru merupakan salah satu faktor kemenangan kepada calon BN. Hasil kerja keras yang mereka lakukan boleh diberi pujian dan kerjasama mereka boleh dijadikan contoh kepada mana-mana parti yang ada cita-cita untuk menjadi parti sekuat BN. Sumbangan idea, tenaga dan strategi dari semua pihak merupakan salah satu Rahsia kekuatan BN untuk terus kekal menang dalam PRK kedua-dua tempat dengan majoriti kemenangan amat memberansangkan.

IDEA DAN CADANGAN UNTUK TERUS KEKAL BAGI PRU14.

1. Disini saya melihat dari sudut pandangan saya sebagai pemerhati politik selama hampir 10 tahun selepas terlibat dengan politik Malaysia, bagi memastikan kemenangan terus kekal oleh BN parti ini seharusnya sedar bahawa rakyat memilih pucuk pimpinan adalah berdasarkan beberapa faktor:
a) Kredibiliti Calon dan Sokongan dibelakang calon merupakan faktor kepada kekuatan parti dalam memenangi hati rakyat. Jika tersalah pilih calon yang sejarah silamnya lebih banyak keburukan dari kebaikan atau calon yang dipilih adalah berdasarkan "bidang terjun" semata-mata kemungkinan calon tersebut akan ditolak oleh rakyat atau ahli parti sendiri. Oleh sebab itu kita boleh lihat di PRK Kuala Kangsar itu sendiri kelebihan calon BN yang dari segi akhlak dan moral lebih baik dan stabil berbanding calon-calon lain. Sebab itulah Mat Sabu tak layak jadi calon...banyak kontroversi kahkahkah.
b)Kerjasama dan sokongan jentera parti memainkan peranan penting untuk mempromosi calon yang dipilih parti. Jika ada sifat sabotaj dalam parti sendiri pucuk pimpinan harus mencari punca dari akar umbi sebelum meneruskan hasrat untuk meletakkan calon tersebut sebagai pilihan parti. Jentera parti bukan sekadar agen untuk melancarkan kerja-kerja kempen semata-mata tetapi mereka mempunyai 'kuasa" untuk memastikan calon mereka terus kekal atau tidak. Jadi amatlah bahaya jika dipihak jentera parti sendiri ada sifat sabotaj atau talang dua muka.

2. Penglibatan semua pihak pada masa akan datang haruslah terus diperkuatkan supaya kekuatan dari segi sokongan itu lebih baik dan kukuh. Sebagai contoh, golongan intelektual seperti Mahasiswa seahrusnya diberi peluang dan ruang untuk bersama-sama mempelajari selok-belok politik negara dari sudut sumbangan idea dan tenaga supaya mereka lebih terdedah kepada agenda kerajaan berbanding agenda pembangkang yang lebih "mesra" terhadap mereka dengan taburan fitnah serta isu-isu palsu yang sedikit sebanyak boleh mengubah angin sokongan mahasiswa terhadap kerajaan. Apa yang ingin ditekankan disini, golongan mahasiswa dan muda yang lebih terdedah kepada isu-isu semasa melalui medium media sosial yang lebih cenderung kepada "menjatuhkan" imej kerajaan yang sedia ada berbanding kebaikan yang mereka perolehi. Tidak salah kiranya Kerajaan mendengar suara Mahasiswa untuk kebaikan parti dan pembaik pulih kerosakan yang sedia ada bagi memastikan sokongan dari golongan mahasiswa dan anak muda lebih baik dan stabil.

3.Apa keinginan Rakyat Malaysia terhadap Parti yang memerintah? jika dilihat situasi sekarang rakyat lebih memerlukan penjelasan yang baik terhadap sesuatu isu berbanding kata-kata yang sesetengah menteri keluarkan yang tidak banyak memberi pencerahan yang sewajarnya. Hidup dizaman siber merupakan satu cabaran kepada semua kerajaan yang memerintah di dunia ini kerana maklumat dan rahsia yang harus dijaga demi keselamatan negara mudah tersebar dengan cepat ke telinga rakyat terutamanya apabila pihak pembangkang yang sinonim dengan propaganda dan fitnah bertujuan untuk menaikkan kemarahan rakyat serta memecah-belahkan rakyat.

Ini adalah nurkilan yang biasa-biasa sahaja dan tidak akan sampai ke mata pembaca yang inginkan kemenangan.. dan ini bukanlah satu luahan tetapi sebuah perkongsian saya kepada parti yang disayangi. Amatlah berbesar hati jika pucuk pimpinan tertinggi Parti Barisan Nasional membaca dan menilai tulisan saya yang tidak seberapa ini..

SALAM 2-0 dari saya dan SALAM TAHNIAH UNTUK KEDUA-DUA CALON YANG TELAH BERJAYA MEMENANGI HATI RAKYAT.

No comments:

Post a Comment