Tuesday 30 April 2013

Pakatan Rakyat mengaku kalah pada PRU13..

Fakta Grafik dan kekuatan BN











Bilik Gerakan BN Parlimen Batu Menjadi Mangsa setersunya...

Terkejut dengan apa yang terpapar di FB..angkara siapakah ini...Ini politik ganas dan Taksub sangat bahaya.

Gempa bumi di sumatera tsunami biru di pulau pinang

Malam ini Pulau Pinang dilanda tsunami biru berikutan kedatangan Dato Seri Najib ke Air Hitam Pulau Pinang.MM terkejut dengn tsunami yang dibawa oleh Dato Seri Najib..walaupun bersesak dan bersusah payah MM cuba juga melakukan kerja yang dirasakan amat perlu untuk semua rakyat Malaysia tahu tentang perubahan yang amat ketara.Kali ini Pulau Pinang adalah milik BN.
Dalam ucapannya Dato Seri Najib sangat berbangga dengan kehadiran yang tidak disangkakan oleh rakyat Pulau Pinang.







Sunday 28 April 2013

Rahsia PAS terbongkar di Pokok Sena Kedah

MM pergi ke satu destinasi yang amat jauh perjalananya semata-mata ingin mendengar rahsia "sulit" PAS dan Pakatan Rakyat Haram ni..
Kenapa MM panggil Pakatan Rakyat ni Haram?Sebab MM dapat tahu yang Pakatan Rakyat ini tidak didaftarkan pun dalam Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia..Jadi secara automatiknya Haram la kan.hehee MM mendengar dengan khusyuk pembongkaran demi pembongkaran terhadap Pakatan Haram ini..Sampaikan MM boleh ibaratkan yang Pakatan haram ini ibarat beberapa contoh:
Gigi ni nikmat dia bila tidak sakit..bila sakit gigi baru tahu nikmatnya gigi sihat..
Nak memilih galah hendaklah yang bagus jangan pilih galah yang tak cerdik,cari galah yang bercabang dan letak kain batik...
Cukuplah apa yang MM ingin sampaikan..biarlah MM dan penduduk pokok sena kedah saja yang tahu apa pembongkaran terhadap Pakatan haram ini..
LGBT
DAP Komunis
BERSIH
Tangan Asing
Kedah dibawah kehancuran
PAS tiada pendirian dan mudah goyah dengan bukan islam..

Inilah kandungan yang MM boleh berikan..sekian untuk hari ini..

Kehebatan Tun Mahathir di Putrajaya

Matan Perdana Menteri Malaysia telah mengugat Pakatan Rakyat di Putrajaya apabila berjaya memukau penduduk di Presint 9. Tun M pada malam tadi telah berjaya membuatkan Putrajaya bergegar dengan kelantangan suaranya bagi sama-sama membantu BN dalam memenangi PRU13 pada kali ini..Aura Tun M masih lagi hebat berbanding calon-calon dari Pakatan Rakyat yang tergila-gila kan untuk menawan Putrajaya.







Mahasiswa Menyerbu PDM setiap Negeri Utara

MM mendapat maklumat yang terbaru bahawa Gerakan Anak Muda Sayang Negara telah menjalankan aktiviti sokongan padu kepada Barisan Nasional diseluruh wilayah Negeri Utara sepanjang tempoh berkempen.
Setiap aktiviti lawatan yang dilakukan oleh Anak Muda Sayang Negara ke PDM disambut baik oleh Barisan Nasional yang turut sama memberi kerjasama yang amat menggalakkan serta kehadiran mereka disambut dengan tangan terbuka.
Diantara agenda yang disusun rapi secara spontan oleh mereka ialah:
1.Penyerahan Memorendum ke setiap calon yang dilawati.
2.Memberi ucapan sokongan kepada setiap calon Barisan Nasional.
3.Berkonvoi secara beramai-ramai disetiap pelusuk kampung di wilayah utara.
4.Membantu dan bersama-sama calon untuk menyakinkan para pengundi setiap DUN dan Parlimen.
5.Mengeratkan para Mahasiswa dengan kompenen Barisan Nasional.
6.Menyebarkan risalah-risalah Anak Muda Sayang Negara.
7.Menghadiri setiap ceramah yang diadakan oleh PDM Barisan Nasional.

Tujuan Jelajah PDM ini dilakukan mempunyai objektif tersendiri diantaranya ialah:
1.Memberi keyakinan kepada Barisan Nasional tentang sokongan Mahasiswa dan Anak Muda dengan kempimpinan Barisan Nasional.
2.Mengeratkan hubungan dua hala antara komponen Barisan Nasional dan Mahasiswa.
3.Memberi pengalaman kepada mereka dengan situasi Pilihanraya Negara.
4.Mewujudkan semangat cintakan negara Malaysia.
5.Menyedarkan Masyarakat Malaysia Bahawa Mahasiswa dan anak muda prihatin dengan Negara Malaysia.

Selama Jelajah PDM diadakan banyak input dan pengalaman yang telah dialami oleh mereka sama ada buruk dan baik namun ketabahan mereka dan kecekalan mereka tidak sesekali merubah pendirian dan kekuatan mereka selama dalam perjuangan ini.














Saturday 27 April 2013

Pakatan Rakyat dilanyak oleh Harapan Baru..

HARAPAN BARU
1.Ibu Bapa terutamanya Wanita Bekerjaya
Menubuhkan pusat jagaan kanak-kanak kerajaan yangvberkualiti di setiap daerah di Pulau Pinang dan menyediakan penjodohan sumber manusia bagi membolehkan kaum wanita yang terpaksa berhenti kerja disebabkan komitmen keluarga.

2.Peniaga dan Tuan Kedai
Memberikan rebat sebanyak 10% kepada peniaga dan tuan kedai yang mengamalkan 3R (Pengurangan,Guna Semula dan Kitar Semula).

3.Warga Pulau Pinang dan Peniaga Asing
Menubuhkan Pusat Kawalan Pesisir Antarabangsa (IOFC) di Seberang Perai.

4.Penghuni Pulau Pinang
Membekalkan insurans perlindungan diri secara percuma kepada pasukan rondaan sukarela dan membantu menyelaraskan tugasan rondaan serta memupuk kerjasama antara pasukan rondaan sukarela dan pihak berkuasa.

5.Penjaja
Membatalkan bayaran lesen penjaja dan menubuhkan galeri penjaja.
Selain dari itu terdapat pelbagai Akujanji calon kepada Penduduk Pulau Pinang yang dijaga setiap kebajikan tanpa mengira agama,bangsa dan juga usia..

6.Pengguna Pengakutan Awam
Memperkenalkan monorel,laluan alternatif dan perkhidmatan bas RapidPenang

7.Warga Emas
Menyediakan perkhidmatan pemeriksaan kesihatan ujian darah dan urin

8.Pelajar
Menawarkan pinjaman sejumlah RM3000.00 setahun kepada 1,000 pelajar cemerlang pertama dari Pulau Pinang yang melanjutkan pengajian ke peringkat tertinggi sebagai dana tambahan kepada pinjaman pendidikan mereka yang lain dan menjadikan pinjaman tersebut sebagai biasiswa sekiranya pelajar berkenaan memutuskan bekerja di negeri ini selepas pengajian.

9.Penghuni Rumah Pangsa
Bantuan kewangan tanpa faedah untuk menjalankan kerja penyelenggaraan.

10.Warga Pulau Pinang Berpendapatan Rendah dan Sederhana
Rumah kos rendah 20,000 unit dan skim sewa beli

11.Warga Pulau Pinang,Pelancong dan Ahli Peniaga
Pulau Pinang sebagai Pelabuhan bebas dan hab perlancongan,perdagangan,fesyen,hiburan,kebudayaan, dan makanan tanpa cukai.

12.Ahli Profesional dan Warga Pulau Pinang
Melibatkan ahli prosefional dalam Majlis Jawatankuasa Perundingan

13.Warga Pulau Pinang
Melanjutkan secara automatik pajakan tanah yang kurang daripada 30tahun kepada 60tahun.

14.Golongan Pemuda
Menubuhkan Taman Dinamo dan Inovasi

15.Jawantankuasa Kuil Hindu dan Tokong Cina
Memberikan lesen menduduki sementara (TOL) kepada rumah ibadat dan memberikan peruntukkan setiap tahun.

16.Pesara
Mengadakan skim insentif bagi syarikat yang mengupah pesara.

17.Penduduk Luar Bandar
Mewujudkan peluang pekerjaan melalui kegiatan ekonomi utama seperti perlancongan dan akuakultur.

18.Penunggang Motorsikal
Menghapuskan Tol motorsikal di Jambatan Pulau Pinang.

19.Penduduk Luar Bandar
Meningkatka kemudahan kampung tradisional dan mewujudkan program inapdesa (homestay).

Fulamak untunglah siapa yang undi BN di Pulau Pinang selepas ni dapat pelbagai kemudahan serta kelebihan...undilah BN.



Kedah malapetaka bawah PAS

Daripada beberapa keping gambar yang telah diperolehi oleh sumber FB yang menarik mata saya ialah salah laku PAS di kedah yang dikatakan memperjuangkan Islam tetapi sebaliknya yang terjadi...Sila lihat dan renungkan apa yang anda nampak dibawah pimpinan PAS di Kedah..jom kita tukar kepada Barisan Nasioanl















Friday 26 April 2013

HARAPAN BARU Permatang Pauh

Menepati Janji Membawa Harapan inilah yang telah diperjuangkan oleh Calon Barisan Nasional Permatang Pauh untuk Rakyat Permatang Pauh setelah sekian lama ditipu oleh Pakatan Rakyat.
Kehebatan dan aura yang telah dibawa oleh calon Parlimen Permatang Pauh P44 Dr Mazlan Bin Ismail telah membuka mata pengundi di Permatang Pauh untuk memilih beliau dan menerima beliau sebagai calon P44 yang dikatakan kawasan yang menjadi tumpuan semua mata kerana Ketua PKR akan bertanding dikawasan yang sama.
Namun apa yang dapat dilihat disini adalah kehebatan Dr Mazlan Bin Ismail lebih terserlah berbanding calon PKR yang lebih banyak mendapat tentangan daripada puak-puak pakatan kerana isu-isu moral yang amat memalukan puak-puak Pakatan.
Jom kita baca apa yang telah Dr Mazlan Bin Ismail ingin sampaikan kepada pengundi-pengundi Permatang Pauh...
"Saya akan tinggal dan menamatkan riwayat saya di Permatang Pauh. Ini adalah tempat lahir dan kampung halaman saya iaitu Simpang Tiga,Kubang Ulu."
Saya dari keluarga yang susah.Emak terpaksa buat kuih pada waktu malam dan kami menjualnya esok pagi untuk mencari duit belanja harian keluarga. Siang mak menoreh getah dan petang kerja kilang setelah bapa tidak dapat meneruskan kerja harian memandu bas sekolah setelah terlibat dalam kemalangan jalan raya.
Melihat kepada situasi ini saya percaya Dr Mazlan bukanlah seorang yang dilahirkan dalam keluarga yang terus senang dan mempunyai keturunan Dato atau Tan Seri, oleh itu beliau akan memahami setiap kesusahan yang dialami oleh penduduk sekitar beliau serta memahami sosioekonomi masyarakat setempat. Oleh itu Dr Mazlan tahu apa yang diperlukan oleh orang kampung beliau dan dapat menyelami serta menyelesaikan setiap masalah yang akan dibangkitkan oleh penduduk kawasan beliau.
Ini sedikit sebanyak mengenai Dr Mazlan Bin Ismail calon Barisan Nasional dari Permatang Pauh P44.Harapan beliau kepada setiap pengundi-pengundi dikawasan Permatang Pauh supaya memberi kepercayaan kepadanya agar kampung yang disayanginya tidak terus mundur dan lesu dikongkong oleh Pakatan Rakyat.



Friday 19 April 2013

Komrad haizal dikesan.....

MM cuba sedaya upaya mencari dan mengesan mamat yang dikatakan mahkluk halus iaitu komrad haizal yang berselindung disebalik payung Barisan Nasional.Mungkin dia sudah insaf atau dia datang sekadar mencari sedikit maklumat mengenai BN.atau sekadar datang melihat anwar ibrahim..saksikan gambar yang tersebar...













Komrad Haizal di kesan di permatang Pauh..

MM ke tempat penamaan calon dan bersama penyokong2 BN yang beribu-beribu dan sangat sesak..dalam tengah snap2 gambar MM terpandang satu mahkluk asing yang sangat mengerikan dalam ramai2 penyokong BN.
Apa yang MM perhatikan mahkluk ini adalah seekor Balaci Anwar Ibrahim...Haizal@ejal@Komrad Haizal nama di FB nya.
Apakah tujuan mahkluk ini bersama-sama penyokong BN?adakah dia sudah Insaf dan akan bersama-sama BN atau dia datang sengaja menjadi mata-mata anwar ibrahim?
MM masih tertanya-tanya sehinggalah MM mendapat jawapanya..MM tahu mahkluk ini datang sekadar untuk melihat kekuatan BN di permatang Pauh..MM cuba mencuri2 ambil gambar beliau tetapi MM hanya dapat gambar sekumpulan mahkluk yang sama-sama berwajah manusia iaitu kumpulan komrad Haizal.
MM akan terus memantau mahkluk ini yang telah ghaib dari Bumi Permatang Pauh.Nak kenal siapa itu komrad haizal jom lihat gambar di sini.....










Friday 12 April 2013

Inilah DAP...bahaya dan amat bahaya nilai sebuah roket DAP

Kalau kita tidak buta dan masih sayangkan negara Malaysia dari kebangkrapan dan dari kebangangan DAP ayuh TOLAK DAP

Semoga PDRM dapat selesaikan samseng ini...

MM sakit hati bila ada orang nak buat samseng taik kucing nih,nah baca dan tolong share..

Tuesday 9 April 2013

Pondok Geting Tumpat disita MDT@Dendam atau Undang-undang?

Selepas 24jam Persidangan Pondok Ulama,Sekolah Agama dan Tahfiz mengeluarkan kenyataan Haram undi PAS dalam PRU13,Kerajaan PAS Kelantan telah menyita Pondok Geting tersebut.
Tindakan sita ini dibuat atas dakwaan Pondok Geting yang diasaskan oleh tokoh agama Abdullah Sa'amah yang hebat,berani dan lantang mengeluarkan kenyataan Haram Undi PAS pada PRU13 membina bangunan tanpa kebenaran Yang Dipertua pihak berkuasa tempatan berkenaan.
MM terfikir sejenak mengapa PAS yang memperjuangkan Islam boleh bertindak KEJAM sedemikian rupa kepada Sekolah Pondok Geting,adakah ini berunsurkan nafsu politik atau PAS rasa tergugat dengan kelantangan Abdullah Sa'amah. Menjadi persoalan MM sekarang kenapa baru hari ini MDT menyita Sekolah Pondok Geting,kenapa bukan sebelum kenyataan Abdullah Sa'amah dikeluarkan jika betul Pondok Geting melanggar peraturan pihak berkuasa tempatan.
Ini mencetuskan persoalan kerana tindakan MDT itu tidak berasas dan kejam kerana bangunan tersebut dibina dalam kawasan pondok sebenarnya mengikut prosedur yang ditetapkan.
MDT juga turut mengeluarkan saman sebanyak RM500.00 kerana kesalahan membina bangunan tanpa kebenaran..Lihat permainan ini sama dengan apa yang berlaku di Kota Bahru..nampaknya PAS sudah terdesak mencari dana untuk menampung kos PRU13..RM2juta setiap DUN boleh ke PAS mencapai impian tersebut? Jawapannya YES boleh kerana PAS akan terus mengeluarkan saman kepada setiap Rakyat di Negeri Kelantan..saya menyeru rakyat kelantan sama-sama menyokong slogan TUKAR...(R)...
Sedikit sedutan kenyataan Abdullah Sa'amah: Menurut beliau bangunan ini adalah hasil sumbangan dari Kerajaan Pusat yang diumumkan oleh TPM setinggi 5 tingkat.
Menurut beliau surat amaran dari MDT sebanyak 4kali sejak Februari 2013 telah diterima beliau dan semasa notis pertama dihantar beliau telah bertanya kepada penguatkuasa terbabit mengenai surat tersebut tetapi hanya dibalas dengan "tiada apa-apa,teruskan pembinaan" tetapi yang menjadi persoalan MM sekarang,kenapa disita?
Tetapi semalam setelah Pegawai Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP) ke MDT untuk bertanya mengenai saman tersebut,isu lain pula yang timbul. MDT menjelaskan bangunan akan hanya boleh diteruskan sekiranya mendapat persetujuan daripada 12 orang pemiliknya.
Fitnah Terhadap Abdullah Sa'amah...
MM terkejut bila dikatakan Abdullah Sa'amah akan bertanding pada PRU13 sebagai calon BN bagi DUN Pengakalan Kubur dan tersebar poster-poster palsu yang mempunyai gambar beliau dimerata tempat yang MM rasakan dilakukan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab dan takut dengan kelantangan Beliau. Mengapa sampai begitu takut PAS dengan kebenaran yang dihebohkan sehingga sanggup melemparkan fitnah kepada Abdullah Sa'amah.
Pendirian beliau dengan menyatakan akan terus berjuang dengan UMNO secara ikhlas dan tidak takut dan gentar dengan segala Provokasi PAS keatas beliau.