Friday 26 April 2013

HARAPAN BARU Permatang Pauh

Menepati Janji Membawa Harapan inilah yang telah diperjuangkan oleh Calon Barisan Nasional Permatang Pauh untuk Rakyat Permatang Pauh setelah sekian lama ditipu oleh Pakatan Rakyat.
Kehebatan dan aura yang telah dibawa oleh calon Parlimen Permatang Pauh P44 Dr Mazlan Bin Ismail telah membuka mata pengundi di Permatang Pauh untuk memilih beliau dan menerima beliau sebagai calon P44 yang dikatakan kawasan yang menjadi tumpuan semua mata kerana Ketua PKR akan bertanding dikawasan yang sama.
Namun apa yang dapat dilihat disini adalah kehebatan Dr Mazlan Bin Ismail lebih terserlah berbanding calon PKR yang lebih banyak mendapat tentangan daripada puak-puak pakatan kerana isu-isu moral yang amat memalukan puak-puak Pakatan.
Jom kita baca apa yang telah Dr Mazlan Bin Ismail ingin sampaikan kepada pengundi-pengundi Permatang Pauh...
"Saya akan tinggal dan menamatkan riwayat saya di Permatang Pauh. Ini adalah tempat lahir dan kampung halaman saya iaitu Simpang Tiga,Kubang Ulu."
Saya dari keluarga yang susah.Emak terpaksa buat kuih pada waktu malam dan kami menjualnya esok pagi untuk mencari duit belanja harian keluarga. Siang mak menoreh getah dan petang kerja kilang setelah bapa tidak dapat meneruskan kerja harian memandu bas sekolah setelah terlibat dalam kemalangan jalan raya.
Melihat kepada situasi ini saya percaya Dr Mazlan bukanlah seorang yang dilahirkan dalam keluarga yang terus senang dan mempunyai keturunan Dato atau Tan Seri, oleh itu beliau akan memahami setiap kesusahan yang dialami oleh penduduk sekitar beliau serta memahami sosioekonomi masyarakat setempat. Oleh itu Dr Mazlan tahu apa yang diperlukan oleh orang kampung beliau dan dapat menyelami serta menyelesaikan setiap masalah yang akan dibangkitkan oleh penduduk kawasan beliau.
Ini sedikit sebanyak mengenai Dr Mazlan Bin Ismail calon Barisan Nasional dari Permatang Pauh P44.Harapan beliau kepada setiap pengundi-pengundi dikawasan Permatang Pauh supaya memberi kepercayaan kepadanya agar kampung yang disayanginya tidak terus mundur dan lesu dikongkong oleh Pakatan Rakyat.



No comments:

Post a Comment