Saturday 6 April 2013

Kerasisan DAP

Khas buat ahli PAS yg sayangkan DAP. Selidik tentang DAP.

Diasaskan pada Oktober 1965, Parti Tindakan Demokratik (DAP) didaftarkan secara rasmi enam bulan kemudian pada 18 Mac 1966. Fasa 2 (Perkara 2) perlembagaan DAP ada menyebut tentang :

"MENGESAHKAN lagi dan MEMULIHKAN Perlembagaan Malaysia kepada rangka kerja SEKULAR YANG ASAL, iaitu sebagai sistem undang-undang tertinggi negara yang menghormati nilai-nilai demokrasi dan hak asasi manusia dengan MEMBERI HAK YANG SAKSAMA kepada setiap rakyat Malaysia;"

Petikan ucapan pimpinan DAP :
“berjanji akan berpegang kuat kepada ideologi satu negara Malaysia yang bebas, demokratik dan berfahaman sosialis, berdasarkan prinsip-prinsip keadilan kaum dan kesaksamaan sosial dan ekonomi yang berasaskan institusi demokrasi berparlimen.”
(PERISYTIHARAN SETAPAK, dibuat pada Kongres Kebangsaan DAP pertama di Setapak, Kuala Lumpur pada 29 Julai 1967)

****

Sekiranya DAP berkuasa memerintah Malaysia melalui PRU, antara perkara yg ingin dipinda berdasarkan kepada Fasa 2 Perkara 2 perlembagaan parti DAP ialah SISTEM PENDIDIKAN, DEB / MEB, AGAMA RASMI dan beberapa perkara lain lagi yg bertentangan dgn prinsip KESAKSAMAAN junjungan DAP. DAP tetap berpegang kuat kepada komitmennya bahawa Malaysia hendaklah kekal sebagai sebuah negara demokratik, sekular dan berbilang agama. Akhir sekali ingin sekali sy lontarkan persoalan kpd ahli PAS tegar. Jawab dan jawab sebaik mungkin. Kena ingat PAS adalah rakan dlm PR. Jgn sampai hati rakan terluka terutama hati DAP.

Soalan 1 berkait sistem pendidikan.
Segala biasiswa JPA, biasiswa MARA, kemasukan ke Uitm untuk program Pra Diploma, Diploma, Ijazah dan ke atas. Berapa ramai anak org PAS nikmati? Berapa ramai anak org PAS yg sy fikir semua Melayu dan Islam dpt nikmati? Kalau ikutkan perlembagaan DAP, tak ada sama sekali anak org PAS yg dpt biasiswa JPA (terang2 untuk org Melayu Islam). Berapa ramai pula anak org PAS dapat belajar di Uitm (Uitm milik 100% Bumiputera) dan disandarkan pd prinsip KESAKSAMAAN DAP berapa ramai org Melayu Islam yg akan dapat belajar di Uitm lg selepas DAP berkuasa? yg ni PAS kena jawab!!!

Soalan 2 tentang DEB.
Ahli PAS tegar kena kaji dan baca serta faham apa matlamat DEB dan untuk siapa?, apa sebenarnya DEB? Dan soalan untuk PAS, kenapa DAP anti sgt dengan DEB? Dah dapat jawapan tu cuba tengok balik Perlembagaan DAP yg mendukung prinsip kesaksamaan spt yg ada dlm Fasa 2 Pekara 2 perlembagaan DAP. DEB bukan membela nasib Melayu sahaja. Yg tu DAP kena faham, malah kamu DAP sudah ada lebih dr kaum yg lain. Hal DEB ni sy mintak PAS sendiri yg terangkan kpd DAP sbb DEB ini pun org PAS tegar pun dapat makan hasil. Kalau bukan sy berani cabar cuba sangkal kenyataan sy!!!

Soalan 3 tentang Agama Rasmi.
DAP menafikan Islam sbg agama rasmi negara. Jelas bila DAP melenting semasa kerajaan isytihar negara Malaysia adalah sebuah negara Islam pd tahun 2009. DAP melenting dan marah. Marah kerana apa??? kerana bertentangan dgn perlembagaan parti DAP malah berani mempersoalkan Perlembagaan Negara tentang Islam agama rasmi dan agama-agama lain bebas diamalkan yg tidak selari dgn prinsip saksama.

****
Buat ahli PAS tegar, cuba celik mata hati sejenak. Cuba kamu (ahli PAS tegar) tanya kepada rakan kamu DAP adakah persoalan sy ini benar atau sebaliknya? dan tanya diri kamu sbg ahli PAS yg tegar ikhlaskah rakan kamu DAP bersama dgn kamu? Sekiranya ikhlas sy minta DAP gubal terlebih dahulu Perkara 2 dalam Fasa 2 perlembagaan DAP.


p/s > RPK dah akui bahawa PAS lebih liberal dr UMNO. Mungkin PAS akan turut sama sekular bersama DAP.




No comments:

Post a Comment