Friday 5 April 2013

Najib seru rakyat sokong pejuang tamatkan pencerobohan di lahad datu

Najib seru rakyat sokong pejuang negara tamatkan pencerobohan di Lahad Datu
2013/03/05 - 16:56:52 PM Cetak Emel Kawan

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menyeru seluruh rakyat Malaysia supaya terus berdiri teguh dan menyokong pejuang negara dalam operasi bagi menamatkan pencerobohan pengganas di Sabah.

"Doakan kejayaan mereka yang berjuang di Lahad Datu dan Semporna," katanya
di dalam laman Facebook beliau di sini hari ini. Najib juga bersyukur apabila dimaklumkan bahawa operasi tersebut berjalan

seperti dirancang.

"Pagi tadi, saya mengeluarkan kenyataan bahawa kita tidak akan benarkan sesiapa sahaja menggugat kedaulatan negara," katanya.

Beliau berkata. operasi memberkas penceroboh dan pemeriksaan dari rumah ke
rumah sedang dilakukan.
Sementara itu, di dalam laman blog beliau www.1malaysia.com.my, turut
dimuatkan klip video lagu patriotik "Inilah Barisan Kita" bagi menyuntik
semangat terhadap pasukan keselamatan negara yang berjuang untuk keselamatan
negara dan bangsa.

Pasukan keselamatan melancarkan serangan ofensif ke atas pencerobohan pengganas Sulu di Kampung Tanduo, Lahad Datu pada jam 7 pagi ini. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment