Sunday, 28 April 2013

Mahasiswa Menyerbu PDM setiap Negeri Utara

MM mendapat maklumat yang terbaru bahawa Gerakan Anak Muda Sayang Negara telah menjalankan aktiviti sokongan padu kepada Barisan Nasional diseluruh wilayah Negeri Utara sepanjang tempoh berkempen.
Setiap aktiviti lawatan yang dilakukan oleh Anak Muda Sayang Negara ke PDM disambut baik oleh Barisan Nasional yang turut sama memberi kerjasama yang amat menggalakkan serta kehadiran mereka disambut dengan tangan terbuka.
Diantara agenda yang disusun rapi secara spontan oleh mereka ialah:
1.Penyerahan Memorendum ke setiap calon yang dilawati.
2.Memberi ucapan sokongan kepada setiap calon Barisan Nasional.
3.Berkonvoi secara beramai-ramai disetiap pelusuk kampung di wilayah utara.
4.Membantu dan bersama-sama calon untuk menyakinkan para pengundi setiap DUN dan Parlimen.
5.Mengeratkan para Mahasiswa dengan kompenen Barisan Nasional.
6.Menyebarkan risalah-risalah Anak Muda Sayang Negara.
7.Menghadiri setiap ceramah yang diadakan oleh PDM Barisan Nasional.

Tujuan Jelajah PDM ini dilakukan mempunyai objektif tersendiri diantaranya ialah:
1.Memberi keyakinan kepada Barisan Nasional tentang sokongan Mahasiswa dan Anak Muda dengan kempimpinan Barisan Nasional.
2.Mengeratkan hubungan dua hala antara komponen Barisan Nasional dan Mahasiswa.
3.Memberi pengalaman kepada mereka dengan situasi Pilihanraya Negara.
4.Mewujudkan semangat cintakan negara Malaysia.
5.Menyedarkan Masyarakat Malaysia Bahawa Mahasiswa dan anak muda prihatin dengan Negara Malaysia.

Selama Jelajah PDM diadakan banyak input dan pengalaman yang telah dialami oleh mereka sama ada buruk dan baik namun ketabahan mereka dan kecekalan mereka tidak sesekali merubah pendirian dan kekuatan mereka selama dalam perjuangan ini.














No comments:

Post a Comment