Tuesday 9 April 2013

Pondok Geting Tumpat disita MDT@Dendam atau Undang-undang?

Selepas 24jam Persidangan Pondok Ulama,Sekolah Agama dan Tahfiz mengeluarkan kenyataan Haram undi PAS dalam PRU13,Kerajaan PAS Kelantan telah menyita Pondok Geting tersebut.
Tindakan sita ini dibuat atas dakwaan Pondok Geting yang diasaskan oleh tokoh agama Abdullah Sa'amah yang hebat,berani dan lantang mengeluarkan kenyataan Haram Undi PAS pada PRU13 membina bangunan tanpa kebenaran Yang Dipertua pihak berkuasa tempatan berkenaan.
MM terfikir sejenak mengapa PAS yang memperjuangkan Islam boleh bertindak KEJAM sedemikian rupa kepada Sekolah Pondok Geting,adakah ini berunsurkan nafsu politik atau PAS rasa tergugat dengan kelantangan Abdullah Sa'amah. Menjadi persoalan MM sekarang kenapa baru hari ini MDT menyita Sekolah Pondok Geting,kenapa bukan sebelum kenyataan Abdullah Sa'amah dikeluarkan jika betul Pondok Geting melanggar peraturan pihak berkuasa tempatan.
Ini mencetuskan persoalan kerana tindakan MDT itu tidak berasas dan kejam kerana bangunan tersebut dibina dalam kawasan pondok sebenarnya mengikut prosedur yang ditetapkan.
MDT juga turut mengeluarkan saman sebanyak RM500.00 kerana kesalahan membina bangunan tanpa kebenaran..Lihat permainan ini sama dengan apa yang berlaku di Kota Bahru..nampaknya PAS sudah terdesak mencari dana untuk menampung kos PRU13..RM2juta setiap DUN boleh ke PAS mencapai impian tersebut? Jawapannya YES boleh kerana PAS akan terus mengeluarkan saman kepada setiap Rakyat di Negeri Kelantan..saya menyeru rakyat kelantan sama-sama menyokong slogan TUKAR...(R)...
Sedikit sedutan kenyataan Abdullah Sa'amah: Menurut beliau bangunan ini adalah hasil sumbangan dari Kerajaan Pusat yang diumumkan oleh TPM setinggi 5 tingkat.
Menurut beliau surat amaran dari MDT sebanyak 4kali sejak Februari 2013 telah diterima beliau dan semasa notis pertama dihantar beliau telah bertanya kepada penguatkuasa terbabit mengenai surat tersebut tetapi hanya dibalas dengan "tiada apa-apa,teruskan pembinaan" tetapi yang menjadi persoalan MM sekarang,kenapa disita?
Tetapi semalam setelah Pegawai Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP) ke MDT untuk bertanya mengenai saman tersebut,isu lain pula yang timbul. MDT menjelaskan bangunan akan hanya boleh diteruskan sekiranya mendapat persetujuan daripada 12 orang pemiliknya.
Fitnah Terhadap Abdullah Sa'amah...
MM terkejut bila dikatakan Abdullah Sa'amah akan bertanding pada PRU13 sebagai calon BN bagi DUN Pengakalan Kubur dan tersebar poster-poster palsu yang mempunyai gambar beliau dimerata tempat yang MM rasakan dilakukan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab dan takut dengan kelantangan Beliau. Mengapa sampai begitu takut PAS dengan kebenaran yang dihebohkan sehingga sanggup melemparkan fitnah kepada Abdullah Sa'amah.
Pendirian beliau dengan menyatakan akan terus berjuang dengan UMNO secara ikhlas dan tidak takut dan gentar dengan segala Provokasi PAS keatas beliau.





No comments:

Post a Comment