Friday 5 April 2013

PRU13 dan Penyanyi

Kak ecah jadi calon?aduhai politik dah tak ada calon lain ke PAS nak calonkan..apa kelebihan kak ecah ni sampai PAS sanggup pertaruhkan nyawa mereka di Parlimen Jempol N9...
Dah nyanyuk kot PAS ni atau rabun ayam dalam memilih calon-calon Parti Islam SeMalaysia..Bintang POP boleh mewakili PAS...apa kelulusan yang kak ecah ada ya...nak juga tahu..
Penyanyi Aishah yang sebelum ini dilaporkan terkejut dicalonkan untuk bertanding kerusi Parlimen Jempol, Negeri Sembilan dalam Pilihan Raya Umum ke 13 (PRU13) akhirnya mengesahkan untuk bertanding kerusi itu.
Aishah atau nama sebenarnya Wan Aishah Wan Ariffin, 48, berkata, keputusan menerima tawaran itu bagi mewakili PAS dibuat atas kerelaan dan kehendaknya sendiri.
“Ia adalah pilihan saya. Apabila kita mempunyai pengikut tertentu (sebagai bintang pop), dan ia juga merupakan perkara yang baik, mengapa tidak (bertanding)?” katanya seperti dilaporkan portal red carpet.net.my pada Jumaat.

No comments:

Post a Comment