Saya berpuas hati dengan taklimat kemajuan projek Hospital Kuala Krai di Kelantan yang telah siap 53 peratus (Perdana Menteri Malaysia)
Projek ini amat penting kerana apabila siap pada tahun hadapan, penduduk Kuala Krai tidak perlu lagi berulang alik ke Kota Bharu untuk mendapatkan rawatan pakar. Hospital ini akan dapat menampung kira-kira 268 pesakit dan memberikan perkhidmatan kesihatan terbaik dengan dilengkapi peralatan moden.
Rakyat Kuala Krai Kelantan telah mendapat perhatian dari Kerajaan dibawah pimpinan Najib Razak apabila dihadiahkan Hospital yang lebih baik dari sebelumnya setelah terlibat dengan kemusnahan bencana alam sebelum ini.
No comments:
Post a Comment