Monday 6 June 2016

wanita ini tidak diamkan diri.....









UMNO TV : Exco Pemuda UMNO Malaysia, Datuk Dr Fathul Bari Mat Jaya berkata, isu edah calon Barisan Nasional (BN) Kuala Kangsar, Datin Mastura Yazid sengaja dipolemikkan oleh pihak pembangkang hanyalah didasari oleh tujuan politik semata-mata dan bukannya berlandaskan hukum dan hujah sebenar di dalam Islam.
Beliau merupakan antara orang yang mengeluarkan kenyataan awal kerana melihat pada hari Datin Mastura Yazid diumumkan sebagai calon, ada serangan yang tidak sihat dari beberapa pihak sama ada dari pihak pembangkang dan agamawan yang membicarakan soal ini.
“Apa yang menjadi perbualan hari ini adalah isu keterikatan calon itu dengan hukum edah. Sebelum itu kita kena faham hukum edah ini apa dasarnya. Seseorang wanita yang kematian suami memang terikat dengan hukum edah iaitu tidak boleh keluar ke mana-mana dalam tempoh empat bulan sepuluh hari.
“Namun, dalam hadis Bukhari ada menyebutkan, di mana seorang wanita di kalangan sahabat di zaman Nabi saw yang kematian suaminya, dia dibolehkan keluar untuk mengurus ladang kurmanya walaupun di dalam edah, kerana ia merupakan sumber pendapatan keluarganya.
“Jadi apa yang perlu beliau buat ialah untuk tidak keluar dari rumah tanpa hajat dan tidak perlu pergi berkempen. Sekiranya beliau keluar untuk membeli makan, minum dan sebagainya untuk memenuhi keperluan dirinya dan keluarga, atau menguruskan urusan yang memerlukan beliau menguruskannya, maka dia bolehlah keluar dengan syarat selesai urusan beliau terus balik ke rumah tanpa singgah ke mana-mana,”
“Jadi di dalam hal ini, saya fikir tidak ada isunya pencalonan Datin Mastura sebagai wakil BN biarpun beliau di dalam edah. Apa yang penting ialah beliau tidak keluar berkempen kerana mematuhi perintah agama berhubung hukum edah,” jelas beliau kepada UMNO-Online dalam satu temubual eksklusif di sini hari ini.
Lagi video UMNO TV sini http://bit.ly/umnotv
















http://www.umno-online.my/2016/05/30/isu-edah-calon-bn-dipolemik-atas-tujuan-politik-semata-mata-dr-fathul-bari/

No comments:

Post a Comment