Monday, 6 June 2016

KANAK-KANAK DICABUL SEMASA PRK P.067

PILIHANRAYA Kecil Kuala Kangsar dicemari dengan penyalahgunaan kanak-kanak dalam ketaksuban pihak 
PAS pada hari penamaan calon di Dewan Jubli Perak, Kuala Kangsar.
Ketua Dewan Muslimat PAS Perak, Dr Najihatussalehah Ahmad telah dinamakan sebagai calon PAS bagi pilihan raya kecil (PRK) Parlimen Kuala Kangsar beberapa hari yang lepas.
Pengumuman dibuat Timbalan Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man di padang berhampiran markas PAS Kuala Kangsar, Bukit Chandan.
Dr Najihatussalehah,50, juga merupakan Anggota Jawatankuasa Dewan Muslimat PAS Pusat sesi 2015-2017.
Beliau yang berasal dari Pasir Kubu, Pulau Tiga Kiri, Pasir Salak memiliki Ijazah Sarjana Muda Perubatan dan Pembedahan dari Universiti Malaya dan pernah berkhidmat sebagai Pegawai Perubatan di Hospital Kuala Lumpur.

PAS TAKUT DAN AKUR DENGAN KAUM CINA #PRKP067


KUALA KANGSAR: PAS mengakui sukar untuk memperoleh undi daripada masyarakat Cina selepas Parti Amanah Negara (PAN) membuat keputusan bertanding pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kangsar.
 Jika sebelum ini PAS mendakwa mereka mampu menarik sebahagian undi masyarakat itu, namun situasi kini berbeza, apatah lagi PAS tidak lagi bersama DAP dan PKR. 
Bagi calon PAS, Dr Najihatussalehah Ahmad, biarpun undi Cina bukan penentu sepenuhnya untuk parti itu menang dalam PRK, namun akui ia mampu menjejaskan undi mereka sekali gus memberi peluang cerah kepada Barisan Nasional (BN) mengekalkan kerusi.
 "Walaupun saya rasa (peluang) seimbang antara Barisan Nasional (BN) dan PAS, namun kehadiran PAN sedikit menjejaskan undi PAS dari kalangan masyarakat Cina dan India. "Sebab itu, saya mahu gerak kerja kempen jentera adalah untuk mendapat pengundi Cina," katanya ketika ditemui media, hari ini.
 Namun, Ketua Dewan Muslimat PAS Perak itu, tetap optimis untuk meraih undi Cina dan India bersandarkan gerak kerja yang dimainkan Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP). "Malah saya sendiri boleh berkomunikasi dalam bahasa Tiong Hua, sedikit sebanyak memudahkan saya untuk beramah mesra dengan pengundi Cina," katanya.

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/161439


Sunday, 5 June 2016

DR ABD RANI OSMAN..KEJAMKAH UMNO?

SUNGAI BESAR: Dr Abd Rani Osman menegaskan sasaran PAS bertanding pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Sungai Besar hanya untuk menumbangkan BN daripada terus meluaskan kuasa rakus dan kejam terhadap rakyat.

Katanya, PAS mahu mewakili rakyat dengan menghantar mesej bahawa BN sudah tidak layak untuk terus mentadbir negara kerana terlalu banyak melakukan kerosakan.
"Sasaran PAS hanya Umno BN. PAS hanya bermatlamat untuk berlawan dengan BN. PAS tidak akan bersekutu dengan Umno BN," tegasnya selaku calon PAS pada PRK itu.

Menurut beliau, PAS tidak akan bergabung dalam Pakatan Harapan jauh sekali tunduk dengan kehendak DAP. 

CALON BEBAS Main B314K4N9. BIADAP!!!!!!

CALON BEBAS BERTINDAK BIADAP 

Abu Backer Sidek Mohd Zan yang mahu bertanding sebagai calon bebas di Kuala Kangsar menarik balik dan mengoyakkan borang pencalonan selepas pencadang dan penyokongnya tidak dibenarkan masuk ke dewan penamaan calon pagi tadi. Sikap ini sepatutnya tidak boleh dilakukan dan perlu menghormati keputusan SPRM 

#PRK #PenamaanCalon #KekalBN
#PRK #KualaKangsar #SungaiBesar#PRKKualaKangsar #PRKSungaiBesar #P067#P093 #PenamaanCalon #KekalBN #KakMas4All#InilahBudiman #NAS #NationalAgendaSecretariat#InfoNAS

APA SALAH MAHASISWA? PRK P.067


Sokongan dari Mahasiswa untuk sama-sama memberi semangat dan kepercayaan mereka terhadap calon Barisan Nasional Datin Mastura atau nama "manja" KAK MAS pada hari ini di Kuala Kangsar sempena Hari Penamaan Calon PRK P.067 KUALA KANGSAR NEGERI PERAK.

Melihat dari persepsi masyarakat sekarang yang mengatakan Mahasiswa atau golongan muda tidak lagi memberi sokongan yang baik terhadap Kerajaan Malaysia dibawah Kepimpinan Dato Seri Najib Tun Razak, semua ini telah jauh terpesong. Hari ini 5 Jun 2016 telah terbukti bahawa Mahasiswa masih lagi bersama-sama mendokong kepimpinan Barisan Nasional.

KAK MAS boleh menarik nafas lega apabila Mahasiswa turut sama turun padang membantu serta memberi sokongan kepada beliau. Diatas faktor inilah PAN dan PAS seharusnya akur dengan kehebatan aura KAK MAS di Kuala Kangsar. 

Saturday, 4 June 2016

AURA EMPAT JEJAKA BIRU PRK P.067 KUALA KANGSAR NEGERI PERAK

Empat jejaka biru menjadi aura kekuatan kepada Barisan Nasional untuk memenangi Pilihanraya Kecil Kuala Kangsar.

Penampilan empat orang anak kepada calon Barisan Nasional Datin Mastura Binti Yazid di hari penamaan calon telah memukau penyokong-penyokong Barisan Nasional dari pelbagai kaum.

Sokongan hebat dari penyokong Barisan Nasional amat memberansangkan dengan kehadiran menteri-menteri serta penyokong dari segenap negeri.

Semangat yang ditonjolkan oleh anak-anak Datin Mastura Binti Yazid telah memberi satu suntikan semangat kepada Ibu mereka serta para penyokong walaupun masih berada dalam emosi sedih dengan kehilangan insan tercinta.







KEHEBATAN CALON BARISAN NASIONAL PRK P.067

KEHEBATAN CALON BARISAN NASIONAL PRK P.067



Balu Allahyarham Datuk Wan Khair-il Anuar Wan Ahmad, Datin Mastura Yazid, dinamakan sebagai calon Barisan Nasional (BN) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kuala Kangsar.
Pemilihan Mastura, 55, diumumkan Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi di hadapan kira-kira 2,000 penyokong BN di Bilik Gerakan BN PRK P067 Kuala Kangsar di Safari Resort.