Saturday, 27 April 2013

Kedah malapetaka bawah PAS

Daripada beberapa keping gambar yang telah diperolehi oleh sumber FB yang menarik mata saya ialah salah laku PAS di kedah yang dikatakan memperjuangkan Islam tetapi sebaliknya yang terjadi...Sila lihat dan renungkan apa yang anda nampak dibawah pimpinan PAS di Kedah..jom kita tukar kepada Barisan Nasioanl















Friday, 26 April 2013

HARAPAN BARU Permatang Pauh

Menepati Janji Membawa Harapan inilah yang telah diperjuangkan oleh Calon Barisan Nasional Permatang Pauh untuk Rakyat Permatang Pauh setelah sekian lama ditipu oleh Pakatan Rakyat.
Kehebatan dan aura yang telah dibawa oleh calon Parlimen Permatang Pauh P44 Dr Mazlan Bin Ismail telah membuka mata pengundi di Permatang Pauh untuk memilih beliau dan menerima beliau sebagai calon P44 yang dikatakan kawasan yang menjadi tumpuan semua mata kerana Ketua PKR akan bertanding dikawasan yang sama.
Namun apa yang dapat dilihat disini adalah kehebatan Dr Mazlan Bin Ismail lebih terserlah berbanding calon PKR yang lebih banyak mendapat tentangan daripada puak-puak pakatan kerana isu-isu moral yang amat memalukan puak-puak Pakatan.
Jom kita baca apa yang telah Dr Mazlan Bin Ismail ingin sampaikan kepada pengundi-pengundi Permatang Pauh...
"Saya akan tinggal dan menamatkan riwayat saya di Permatang Pauh. Ini adalah tempat lahir dan kampung halaman saya iaitu Simpang Tiga,Kubang Ulu."
Saya dari keluarga yang susah.Emak terpaksa buat kuih pada waktu malam dan kami menjualnya esok pagi untuk mencari duit belanja harian keluarga. Siang mak menoreh getah dan petang kerja kilang setelah bapa tidak dapat meneruskan kerja harian memandu bas sekolah setelah terlibat dalam kemalangan jalan raya.
Melihat kepada situasi ini saya percaya Dr Mazlan bukanlah seorang yang dilahirkan dalam keluarga yang terus senang dan mempunyai keturunan Dato atau Tan Seri, oleh itu beliau akan memahami setiap kesusahan yang dialami oleh penduduk sekitar beliau serta memahami sosioekonomi masyarakat setempat. Oleh itu Dr Mazlan tahu apa yang diperlukan oleh orang kampung beliau dan dapat menyelami serta menyelesaikan setiap masalah yang akan dibangkitkan oleh penduduk kawasan beliau.
Ini sedikit sebanyak mengenai Dr Mazlan Bin Ismail calon Barisan Nasional dari Permatang Pauh P44.Harapan beliau kepada setiap pengundi-pengundi dikawasan Permatang Pauh supaya memberi kepercayaan kepadanya agar kampung yang disayanginya tidak terus mundur dan lesu dikongkong oleh Pakatan Rakyat.



Friday, 19 April 2013

Komrad haizal dikesan.....

MM cuba sedaya upaya mencari dan mengesan mamat yang dikatakan mahkluk halus iaitu komrad haizal yang berselindung disebalik payung Barisan Nasional.Mungkin dia sudah insaf atau dia datang sekadar mencari sedikit maklumat mengenai BN.atau sekadar datang melihat anwar ibrahim..saksikan gambar yang tersebar...













Komrad Haizal di kesan di permatang Pauh..

MM ke tempat penamaan calon dan bersama penyokong2 BN yang beribu-beribu dan sangat sesak..dalam tengah snap2 gambar MM terpandang satu mahkluk asing yang sangat mengerikan dalam ramai2 penyokong BN.
Apa yang MM perhatikan mahkluk ini adalah seekor Balaci Anwar Ibrahim...Haizal@ejal@Komrad Haizal nama di FB nya.
Apakah tujuan mahkluk ini bersama-sama penyokong BN?adakah dia sudah Insaf dan akan bersama-sama BN atau dia datang sengaja menjadi mata-mata anwar ibrahim?
MM masih tertanya-tanya sehinggalah MM mendapat jawapanya..MM tahu mahkluk ini datang sekadar untuk melihat kekuatan BN di permatang Pauh..MM cuba mencuri2 ambil gambar beliau tetapi MM hanya dapat gambar sekumpulan mahkluk yang sama-sama berwajah manusia iaitu kumpulan komrad Haizal.
MM akan terus memantau mahkluk ini yang telah ghaib dari Bumi Permatang Pauh.Nak kenal siapa itu komrad haizal jom lihat gambar di sini.....










Friday, 12 April 2013

Inilah DAP...bahaya dan amat bahaya nilai sebuah roket DAP

Kalau kita tidak buta dan masih sayangkan negara Malaysia dari kebangkrapan dan dari kebangangan DAP ayuh TOLAK DAP

Semoga PDRM dapat selesaikan samseng ini...

MM sakit hati bila ada orang nak buat samseng taik kucing nih,nah baca dan tolong share..

Tuesday, 9 April 2013

Pondok Geting Tumpat disita MDT@Dendam atau Undang-undang?

Selepas 24jam Persidangan Pondok Ulama,Sekolah Agama dan Tahfiz mengeluarkan kenyataan Haram undi PAS dalam PRU13,Kerajaan PAS Kelantan telah menyita Pondok Geting tersebut.
Tindakan sita ini dibuat atas dakwaan Pondok Geting yang diasaskan oleh tokoh agama Abdullah Sa'amah yang hebat,berani dan lantang mengeluarkan kenyataan Haram Undi PAS pada PRU13 membina bangunan tanpa kebenaran Yang Dipertua pihak berkuasa tempatan berkenaan.
MM terfikir sejenak mengapa PAS yang memperjuangkan Islam boleh bertindak KEJAM sedemikian rupa kepada Sekolah Pondok Geting,adakah ini berunsurkan nafsu politik atau PAS rasa tergugat dengan kelantangan Abdullah Sa'amah. Menjadi persoalan MM sekarang kenapa baru hari ini MDT menyita Sekolah Pondok Geting,kenapa bukan sebelum kenyataan Abdullah Sa'amah dikeluarkan jika betul Pondok Geting melanggar peraturan pihak berkuasa tempatan.
Ini mencetuskan persoalan kerana tindakan MDT itu tidak berasas dan kejam kerana bangunan tersebut dibina dalam kawasan pondok sebenarnya mengikut prosedur yang ditetapkan.
MDT juga turut mengeluarkan saman sebanyak RM500.00 kerana kesalahan membina bangunan tanpa kebenaran..Lihat permainan ini sama dengan apa yang berlaku di Kota Bahru..nampaknya PAS sudah terdesak mencari dana untuk menampung kos PRU13..RM2juta setiap DUN boleh ke PAS mencapai impian tersebut? Jawapannya YES boleh kerana PAS akan terus mengeluarkan saman kepada setiap Rakyat di Negeri Kelantan..saya menyeru rakyat kelantan sama-sama menyokong slogan TUKAR...(R)...
Sedikit sedutan kenyataan Abdullah Sa'amah: Menurut beliau bangunan ini adalah hasil sumbangan dari Kerajaan Pusat yang diumumkan oleh TPM setinggi 5 tingkat.
Menurut beliau surat amaran dari MDT sebanyak 4kali sejak Februari 2013 telah diterima beliau dan semasa notis pertama dihantar beliau telah bertanya kepada penguatkuasa terbabit mengenai surat tersebut tetapi hanya dibalas dengan "tiada apa-apa,teruskan pembinaan" tetapi yang menjadi persoalan MM sekarang,kenapa disita?
Tetapi semalam setelah Pegawai Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP) ke MDT untuk bertanya mengenai saman tersebut,isu lain pula yang timbul. MDT menjelaskan bangunan akan hanya boleh diteruskan sekiranya mendapat persetujuan daripada 12 orang pemiliknya.
Fitnah Terhadap Abdullah Sa'amah...
MM terkejut bila dikatakan Abdullah Sa'amah akan bertanding pada PRU13 sebagai calon BN bagi DUN Pengakalan Kubur dan tersebar poster-poster palsu yang mempunyai gambar beliau dimerata tempat yang MM rasakan dilakukan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab dan takut dengan kelantangan Beliau. Mengapa sampai begitu takut PAS dengan kebenaran yang dihebohkan sehingga sanggup melemparkan fitnah kepada Abdullah Sa'amah.
Pendirian beliau dengan menyatakan akan terus berjuang dengan UMNO secara ikhlas dan tidak takut dan gentar dengan segala Provokasi PAS keatas beliau.